BENGKEL KEDUA TASKFORCE PEMBANGUNAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU – PROGRAM IJAZAH SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH INFORMATIK SERTA PROGRAM IJAZAH SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH ANALISIS KUANTITATIF UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Bengkel Kedua Task Force Pembangunan Program Akademik Baharu Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah Informatik serta Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah Analisis Kuantitatif yang telah diadakan pada 14 dan 15 Mac 2023, adalah bengkel yang melibatkan pembangunan hala tuju program dan pembangunan dokumen kertas kerja yang berkaitan. Program ini memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada ahli taskforce untuk memastikan program akademik yang dibangunkan adalah berkualiti dan memenuhi misi dan visi universiti.